Tuesday, June 8, 2010

Antara term insurance dan investment - linked insurance mana pilihan anda?


Apakah maksud term insurance?

Term insurance adalah insurance yang anda boleh beli mengikut tempoh yang anda mahu. Mungkin 10 tahun mungkin 20 tahun. Premium term insurance akan bermula rendah tetapi akan meningkat dari masa kesemasa. Wang premium yang anda bayar untuk term insurance akan digunakan sepenuhnya untuk polisi anda , maksudnya tiada simpanan atau investment fund.


Apakah maksudnye Investment-linked insurance?

Investment linked insurance bermaksud satu polisi yang lengkap untuk anda. Daripada insurance nyawa , critical illness , Total permanent disability , health insurance dan investment fund. Sebahagian wang premium yang dibayar akan digunakan untuk polisi dan sebahagian lagi akan digunakan untuk investment fund. Investment fund ini boleh dikeluarkan pada bila bila masa , asalkan anda meninggalkan RM 1000 (Prudential plan ) didalam akaun untuk meneruskan polisi.
Premium didalam ILP berkemungkinan besar tidak akan meningkat kerana dilindungi oleh investment fund . Ini bermaksud sebarang kenaikan bayaran premium apabila kita meningkat tua akan diambil dari investment fund pemegang polisi. Jika anda masih muda , ILP adalah polisi yang terbaik kerana premium yang rendah dan tidak meningkat disamping anda boleh membuat force saving untuk diri anda.

Jika dilihat nasihat financial advisor terutamanya daripada USA semua menasihatkan ambil term insurance dan invest ditempat lain. Tapi jika dilihat senario di Malaysia term insurance bukannye murah jika dibandingkan di USA.

Ini merupakan contoh plan term insurance untuk Ahmad berumur 30 tahun , perokok , term 30 tahun. ( dari sqs prudential)

Jika dilihat pada wang yang perlu dibayar oleh Ahmad dalam tempoh 30 tahun sebenarnya agak tinggi dan wang yang dibayar itu tidak akan dibayar kembali kepada ahmad. Apabilah Ahmad berumur 57 tahun dan keatas ahmad terpaksa membayar setiap bulan RM 199 dan wang itu hanyalah untuk insurance dan ahmad tiada simpanan digunakan dimasa hadapan .Jika di USA memang benar ramai orang lebih suka kepada term insurance kerana premium yang sangat rendah. tetapi di Malaysia premium term insurance adakah 30-40% lebih tinggi daripada apa yang ada di USA.
Jika kita masih muda saya cadangkan anda mengambil ILP kerana premium yang rendah dan kemungkinan yang sangat besar premium tidak akan meningkat sehingga tamat polisi dan disamping itu anda boleh membuat pelaburan dan simpanan.
Jika umur anda hampir dengan persaraan dan mempunyai simpanan yang mencukupi dan anda masih sihat saya cadangkan anda boleh teruskan dengan term insurance kerana anda boleh menggagarkan kemampuan anda untuk membayar premium didalam tempoh tertentu.
Jika anda bagaimana , ILP atau term?




No comments:

Post a Comment