Friday, June 4, 2010

Membeli Investment linked policy (ILP) sebagai polisi pertama?

Disini kita akan berbincang adakah investment linked policy sesuai dibeli sebagai polisi pertama anda. Jika anda sekarang sedang mencari polisi insuran pertama didalam hidup anda , mungkin sebabnya anda baru sahaja tamat pengajian di universiti , ataupun anda sudah berumur 40-an dan bimbang tiada perlindungan selepas bersara ataupun anda pekerja kerajaan dan baru sedar tentang kepentingan insuran.

Apakah faktor-faktor yang menarik yang menyebabkan orang memulakan polisi mereka dengan ILP.


1 . Telus /transparen

Tidak seperti traditional ataupun endownment plan , investment linked policy memberitahu anda seterangan terangnya tentang allocation premium.Jadi ILP lebih telus kerana anda dapat melihat bagaimana premium anda digunakan untuk insuran dan pelaburan.Pemegang polisi dengan Prudential akan dihantar setahun sekali laporan yang terang dan jelas tentang senarai premium allocation , "Insurance charges" yang relevan , nilai pelaburan dan harga seunit.


2. Harga premium yang rendah

Jika anda masih muda , ILP adalah sangat sesuai dengan anda kerana harga premium yang rendah akan dikenakan dan akan menerima benefit yang agak tinggi. Ini adalah kerana premium dikira berdasarkan umor , pekerjaan dan keadaan kesihatan. Jika anda muda , sihat dan mempunyai pekerjaan yang rendah risiko , anda memang sangat patut mempertimbangkan ILP sebagai polisi insuran pertama anda.

3. Fleksible

ILP memberikan anda kelebihan untuk menaikkan dan menurunkan perlindungan(coverage) anda pada bila bila masa. Sebagai contoh apabila anda berkahwin dan mempunyai anak mungkin anda ingin menaikkan perlindungan(coverage) untuk polisi anda. Akan tetapi apabila anak anak sudah besar dan anda sudah bersara mungkin anda ingin menurun perlindungan(coverage) pada ketika itu.

Disamping itu anda juga boleh membuat pelaburan dengan memilih dana dana yang anda rasa akan mendatangkan keuntungan. Pertukaran boleh dibuat bila bila masa dan percuma.Fleksible adalah faktor yang penting kenapa anda harus memilih ILP sebagai polisi pertama anda.

4. All in one benefits

Investment linked policy (ILP) datang didalam pakej. Anda akan mendapat hampir semua jenis perlindungan didalam satu polisi. Contoh perlindungan yang terdapat didalam ILP adalah "accidental benefit, hospitalization income benefit, living assurance, critical illnesses benefit, health card benefit, lady care benefit dan sebagainya"
anda boleh menambah rider perlindungan bila bila masa pada ILP anda. Jadi adalah lebih mudah untuk membeli insuran polisi yang lengkap dengan semua perlindungan yang diperlukan dibandingkan untuk membeli 2-3 polisi dan sudah semestinya akan memeningkan kepala anda .

No comments:

Post a Comment