Thursday, February 3, 2011

Cara nak admit masuk hospital guna Prudential PRUbsn takaful health medical card atau PRUhealth prudential medical card..

Memandangkan aku dah dua kali admitkan diri sendiri dan juga seorang client aku admit masuk ke private hospital so aku rasa aku nak share le sikit pengalaman macam mana nak guna medical card tu.

Sebelum admit , dr akan berikan satu surat admission untuk diserahkan di kaunter hospital pada tarikh kita kene admit.

Langkah 1 :

Bawa surat yang diberikan oleh dr pada tarikh anda admit , tunjukkan surat dan medical card PRUhealth atau Takafulhealth anda kat kaunter admission.Bayar deposit , ini bergantung kepada hospital tetapi selalu deposit dalam RM 300. Tunggu sekejap sampai Prudential hantar Gurantee Letter dekat hospital dan lepas itu diaorang akan bawak anda ke ward. Semasa kat kaunter admission tu anda boleh request nak upgrade bilik ke ape ke . So Contohnya bilik anda RM 150 ( 2 beeded room) nak upgrade ke bilik RM 200 (1 bed room) anda just tambah RM 50 setiap hari le dan lepas discharge duit tambahan tu kene bayar sendiri le.


Langkah 2 :

Warded , Buat rawatan sehingga Selesai


Langkah 3 :

Discharge , Doktor akan beritahu bila nak dischage dan dia akan beri tarikh followup semua, pada hari berkenaan nurse akan bawak satu surat untuk bil dan lepas tu anda boleh turun ke lobby dan kasi surat tu kat kaunter discharge. pada saat ini kita akan tahu bil kita , So kalau bill kita katakan lah RM 6200 contohnya , so total co-insurance adalah RM 620. oleh sebab kita dah baya deposit RM 300 so kita just topup RM 320 lla bile discharge.

Andakata kalau anda duduk 4 hari di hospital , elaun wad anda adalah RM 250 sehari , so total elaun anda adalah RM 1000. Duit ini akan dibayar dalam bentuk cheque dalam masa 14 hari bekerja. Agent akan hantar check ini kepada anda. So duit yang anda bayar untuk co-insurance RM 620 , dapat balik RM 1000 , ok ape ada untung RM 380. begitulah al-kisahnya.


Claims :

Bil bil yang anda perlu serahkan kepada agent anda untuk claim ,

1. Resit doktor sebelum masuk hospital ( Pre-hospitalization - 90 % dari resit akan dibayar oleh prudential)

2. Resit doktor selepas keluar hospital ( Post-hospitalization)- 90 % dari resit akan dibayar oleh prudential)

Contoh kalau total resit untuk (post-hospitalization) RM 300 , RM 270 akan dibayar balik dalam bentuk check kepada client.

No comments:

Post a Comment