Saturday, June 5, 2010

Berapakah nilai insurance nyawa yang anda betul betul perlukan untuk melindungi keluarga anda?

Soalan yang pastinya selalu ditanya kepada agent atau didalam kepala , berapakah nilai insurance nyawa yang diperlukan oleh keluarga kita apabila kita tiada/meninggal dunia.


Faktor utama adalah apakah gaya hidup yang anda ingin berikan kepada keluarga anda
selepas anda tiada.Apakah kesan kepada keluarga anda jika anda tiada,

Adakah anda inginkan mereka senang kalau anda meninggal dunia?
Adakah anda ingin pasangan anda terus bekerja?
Adakah anda ingin keluarga anda "bebas-hutang"?


Sebagai contoh anda ingin insurance yang perlindungan yang teguh kepada
isteri dan anak anak.


Perkara pertama kita boleh mulakan dengan hutang , berapakah jumlah hutang anda sekarang dan anda
inginkan insurance yang dapat melindungi isteri dan anak anak daripada hutang tersebut.
Ini bermaksud jika anda meninggal dunia , insurance akan membayar wang lump-sump
yang mampu menanggung jumlah hutang tersebut.

Perkara kedua adakah kita ingin keluarga kita mendapat pendapatan tahunan yang besar , jadi kita memerlukan
investment portfolio fund yang besar.Untuk mendapatkan kiraan yang agak tepat kita boleh menggunakan "4% withdrawal rule" untuk menjadi konservatif.


Contoh :

Amin dan suraya berumur 30-an , mereka mempunyai dua orang anak dibawah umur 5 tahun dan sekarang
menanggung hutang rumah sebanyak RM 300,000 dan hutang lain sebanyak RM 100,000.Suaraya adalah suri rumah tangga yang mungkin akan bekerja kembali satu hari nanti.
Amin dan suraya telah sepakat bahawa jika amin tiada , mereka ingin mempunyai duit yang cukup
supaya supayaa suraya tidak perlu bekerja kembali.Mereka berpendapat RM 50,000 setahun cukup untuk keluarga mereka
dan mereka tidak mempunyai apa apa simpanan.

langkah 1 : jumlahkan kesemua hutang = RM 400,000
langkah 2 : Kire size portfolio yang diperlukan untuk menjana RM 50,000 setahun
RM 50,000/ 0.04= RM 1,250,000

Jumlah insuran yang diperlukan oleh amin dan suraya untuk memenuhi kesemua keperluan mereka adalah

Jumlah insuran diperlukan RM 1,650,000

Daripada contoh diatas pendapatan dimasa hadapan adalah mahal , dengan menggunakan
4% adalah agak konservatif.Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan 5% atau mungkin 6%
jika pendapatan yang diperlukan adalah dalam masa yang lebih singkat. ( sebagai contoh insuran hanya untuk pendapatan 10 tahun sebelum bersara)

1 comment: