
Dalam dunia ini semua orang berhutang , hutang kereta ,hutang rumah , hutang kredit kad,hutang bank, hutang orang , hutang along (opss ni bahaya). Kalau hutang kereta ngan hutang rumah tu boleh diterima sebagai hutang lazim . Tapi kalau hutang kredit kad dengan hutang orang ini sebenarnye boleh diselesaikan. Bagaimana agaknya kite nak selesaikan hutang kiri kanan ni?
Langkah 1: Berhenti menambah hutangHentikan dari menambang hutang , hentikan guna kredit kad. Jangan dok finance bende bukan2. Kereta sebijik cukup kalau tak mampu.Apabila cakap berkenaan jangan gunakan kredit kad maksudnye walau nak isi minyak pun jangan guna kredit kad. Kalau boleh potong je kredit kad tu. Kredit kad ini adalah perangkap pihak bank nak sedut duit anda.
Jangan buat alasan kononnye kredit kad ini adalah untuk kecemasan
Jangan buat alasan kononnye kredit kad ini adalah untuk kemudahan
Jangan buat alasan kononnye nak pakai kredit kad untuk cash-back bonus
Kalau betul betul anda serius nak clearkan hutan , patahkan aje kredit kad tu.
Ringkasan langkah 1
Jangan tambah hutang
Jangan guna kredit kad
Jangan tambah hutang bank ( personal loan , finance bende baru ke)
Jangan pinjam duit dengan orang
Buat tabung kecemasanMesti korang tertanya tanya buat apa aku nak simpan sedangkan hutang bertimbun lagi. Sebabnya kita buat tabung kecemasan , kalau sedara sedara sedari sedari tak start simpan dari sekarang kalau berlaku kecemasan , kita akan tambah hutang lagi. Jangan sesekali pakai kredit kad untuk kecemasan , guna la cash untuk kecemasan baru lah afdal.
Berapa banyak kene simpan untuk kecemasan ni ? Apakata kita start dengan RM 1000. Diingatkan RM 1000 ini hanya untuk kecemasan , bukan untuk tuka body kit atau rim kereta atau untuk shopping handbag baru.Duit ini hanya untuk KECEMASAN sahaja. Harap korang paham le apa maksud kecemasan .
Pastikan duit ini boleh dikeluarkan , tapi tak sesenang macam pakai ATM. Buat lagi satu akaun yang tade ATM card , so duit ini kalau nak keluar duit kene pegi bank , macam itu lagi bagus.
Langkah 3 : Teknik Serang Hutang
Apakah teknik serang hutang ? ok macam ni
- Senaraikan semua hutang yang ada dan kemudian aturkan dalam urutan hutang palin rendah diatas dan hutang paling tinggi dibawah.
- Khaskan sejumlah wang untuk membayar hutang.
- Bayar hutang dengan kadar bayaran minima kecuali untuk hutang yang paling rendah
- Duit lebih semuanya gunakan untuk bayar hutang terendah.
- Apabila hutang terendah dah selesai jangan ubah kadarbayar , apa sahaja yang lebih bayar kepada hutang terendah berikutnya sehinggalah semua hutang selesai.
Teknik ini mungkin memakan masa bergantung kepada jumlah hutang anda tapi jika anda praktikkan teknik ini anda akan dapati hutang anda semakin hari semakin berkurangan dan akhirnya selesai. Hutang jika dibayar secara sistematik akan menampakkan hasil yang lebih cepat.Gunakan tiga langkah ini InsyaAllah kewangan anda akan lebih stabil dimasa hadapan.
Tapi jangan lupa selepas semua hutang selesai , dapatkan insurance untuk melindungi anda dan keluarga anda. Jika anda tanya saya , saya akan cadangan Prudential adalah yang terbaik