Tuesday, December 14, 2010

Lebih banyak hutang lebih tinggi status kita , adakah ini benar?

Adakah status kita meningkat dengan memandu kereta mewah?

Anda selalu memandang tinggi seseorang apa beliau memandu kereta mewah. Tetapi adakah berbaloi membeli kereta mewah jika diluar kemampuan sendiri. Jika gaji bulanan RM 2000 adakah berbaloi membayar wang ansuran kereta sehingga RM 1000 sebulan sedangkan anda tahu nilai kereta akan turun hampir 30% sebaik sahaja dikeluarkan daripada showroom.Kenapa anda perlu mengorbankan keperluan yang lebih penting hanya untuk menunjuk kepada rakan ,keluarga dan orang sekeliling yang anda berjaya.



Adakah status kita meningkat dengan 3-4 kad kredit didalam wallet?

Kenapa anda memerlukan kredit kad ? Sebagaimana yang kita tahu kredit kad akan mengubah cara berbelanja dengan cara yang salah. Bil meningkat dari bulan ke bulan dengan interest yang tinggi dan akhirnya anda tidak mampu dan diistiharkan bankrap. Adakah kad kredit melambangkan status anda? fikirkan kembali.

No comments:

Post a Comment