Tuesday, December 14, 2010

Prudential Prulink one Plan


PRUlink one direka untuk memenuhi keperluan pelanggan pada setiap peringkat kehidupannya... memberikan mereka perlindungan sepenuhnya melalui manfaat perubatan dan kemalangan baru serta inovatif serta kombinasi peluang pelaburan tempatan dan global! Tambahan pula, PRUlink one menawarkan bonus ketaatan kepada pelanggan yang mempunyai rekod pembayaran premium yang baik!

BARU: Manfaat perubatan dan opsyen yang boleh didapati untuk PRUhealth
PRUhealth bukan saja memberi ganjaran kepada pelanggan dengan Bonus Tanpa Tuntutan (NCB), malah kini pelanggan anda juga boleh memiliki kebebasan serta kawalan ke atas manfaat PRUhealth mereka sama seperti PRUlink one. Manfaat dan opsyen baru yang boleh didapati:

PRUmedic overseas
Membolehkan pelanggan anda mendapatkan rawatan perubatan untuk 5 jenis penyakit yang dilindungi di Singapura, Hong Kong dan China.

PRUmedic auto upgrade
Naik taraf PRUhealth SECARA AUTOMATIK ke paras pelan seterusnya pada ulang tahun ke-5 dan ke-10 manfaat rider tanpa mengira keadaan kesihatan pelanggan dan sebarang tuntutan perubatan yang telah dibuat sebelum ini. (tertakluk kepada terma & syarat).

Pilihan untuk deduktibel lebih tinggi
Pelanggan anda kini boleh memilih antara koinsurans sedia ada, RM 3,000 atau RM 10,000 bagi PRUhealth. Bagi mereka yang mempunyai pelan perubatan sedia ada, PRUhealth dengan deduktibel lebih tinggi merupakan pilihan ideal sebagai pelan perubatan tambah nila.
Bagaimanakah pilihan deduktibel ini dapat membantu anda yang sudah mempunya coverage perlindungan dari syarikat tempat anda bekerja. Jika Coverage dari syarikat anda bekerja adalah RM 10,000 setiap tahun. Jadi anda boleh menggunakan opsyen RM 10,000 deduktible dimana prudential tidak akan membayar kos perubatan yang bernilai kurang dari RM 10,000. Anda boleh menggunakan Insurance yang disediakan oleh syarikat and dan hanya menggunakan medical card prudential jika kos rawatan bernilai lebih dari RM 10,000. Faedah yang anda akan perolehi jika menggunakan deduktibel adalah premium yang dikenakan akan rendah.

No comments:

Post a Comment