Wednesday, February 2, 2011

Pengalaman masuk Sunway Medical Center guna PRUhealth medical card dari Prudential


Sakit ni mula daripada awal tahun lagi , masa Malaysia VS Indonesia second leg dah rasa panas panas badan nak demam. Balik je dari tengok bola start badan panas , sakit tekak dan esok nya suara jadi cam itik serati , hilang terus.

Ingat demam biasa je relek je le gi klinik amik ubat . dr kasi injek dengan ubat demam , lepas tu demam ok plak , tapi kemudian sore takmo ada balik . Selepas 3 minggu dan 3 paket antibiotik suare tak pulih terus pegi ENT ( ear throat specialist) kat puchong. DR kasi lagi satu round antibiotik . Dr tengok tekak aku ade merah ngan putih sket kat kotak suara maybe infection.

Lepas lima hari pegi suara masih tak pulih juga , dr cakap check laie ade lesion ape tah kene buang mende tu, so kene buat operation. so dia kasi surat laie 2 hari pegi hospital admit. lepas keluar dari klinik aku nak buat kalau tade medical card Pruhealth dari Prudential , huish betuah sungguh aku.

Lusanya aku pegi Sunway Medical Center pukul 9.00 pagi , pukul 9.15 dia dah admit aku masuk ward dah , eh lajunye aku pikir. Aku tengok masih ramai yang datang awal dari aku dok tunggu dok masuk hospital lagi. Aku rasa dekat sini le kelebihan medical card dari Prudential.

Lepas check in , diaorang kasi aku berehat dalam 20 minit lepas tu diaorang bawak aku gi chest x-ray dan check darah. Alhamdulillah semuanya ok .Tepat jam 1 diaorang dah sorong aku bawak gi operation room. pukul 1,30 start operation aku pon tak ingat masa bila diaorg operate aku sedar aku operation dah siap. Tapi sebelum tu kawan kawan office datang bawak bunga terima kasih kenkawan. ( Amalina , Napie dan Adli)

Dalam kui 2 aku da balik bilik , pehtu later petang tu aku nyer Agency Manager dan dia punye wife Ralph dan Ivie datang melawat datang bawak macam2 buah , Thanks Ralph and Ivie. Aku duduk Ward dalam 2 hari lagi sebab Dr cakap dia nak Pam antibiotik masuk dalam badan aku.So di pendekkan cerita aku keluar hospital dua hari kemudian dan cuba teka berapa bil hospital aku untuk admit 3 hari + minor surgery , total semua RM 6175.88. Andai kata kalau tade medical card pruhealth dari prudential , kering terus 6 riban untuk treatment apa semua.

Aku sangat sangat syukur kerana atleast aku tayah risau dan menyusahkan orang lain nak bayar bil beribu tu.

No comments:

Post a Comment