Saturday, December 25, 2010
berapakah kos ansuran bulanan kereta anda ?
Seperti diketahui ramai harga kereta di Malaysia adalah antara yang paling tertinggi di dunia dan purata gaji rakyat Malaysia boleh dikata dibawah paras sepatutnya.
Purata gaji lepasan universiti untuk kerja pertama adalah didalam lingkungan RM 2000.00.
Apakah jenis kereta , yang mampu dibeli dengan gaji RM 2000.00 jika 15% diambil untuk pembayaran ansuran kereta.
Gaji dibawa pulang : RM 2000.00
Ansuran bulanan : 15% x RM 2000 = RM 300
Tempoh pembiayaan 7 tahun
Harga kereta : RM 300 x 7 x 12 = RM 25,200
Jika dilihat daripada jumlah diatas dengan purata gaji lepasan universiti tidak mampu membeli apa apa jenis kereta baru pun yang terdapat dipasaran Malaysia.
Persoalannya sekarang jika anda bergaji RM 2000 kereta apakah yang anda pandu sekarang dan adakah pembayaran ansuran bulanan kereta anda membebankan anda?
Labels:
Personal Finance
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment