Friday, February 4, 2011

Bil private hospital mahal sangat , masuk hospital kerajaan je le ... nape tak wat insurance kak oi.. Prudential kan ada


Saya selalu dengar keluhan contohnye macam ni "macam mana nak masuk private hospital dik oi , bill nanti beribu mana le kami mampu. Kerja jual goreng pisang je ( income sehari RM 250 bersih)". Kalau udah income sehari RM 250 bersih , sebulan dah RM 7500. Takkan le nak baya premium sebulan RM 200 tak mampu. Bagi saya semua orang mampu masuk private hospital dapatkan rawatan terbaik untuk diri sendiri dan family tapi ambil le le insurance (medical card) . RM 200 berapa la sangat pegi Tesco sekali masuk pon dah abih RM 300.Kalau di tanye insurance mestile saya jawab Prudential atau Prudential BSN takaful sebab saye wakil comapany ni.

Tugas tugas utama agent insurance Prudential

Ini adalah pendapat peribadi aku tentang tugas tugas seorang agent insurance Prudential ,

1. Menerangkan secara terperinci dari A-Z tentang produk ( jangan ada fakta terselindung)
2. Menjawab segala pertanyaan propsek dan juga client.
3. Menyelesaikan claim claim daripada client dengan sepantas dan mungkin
4. Menolong client jika terdapat masalah
5. Mebuat review polisi setahun sekali untuk memastikan yang coverage diterima adalah bersesuaian dengan keadaan semasa.
6.Mengingatkan client tentang premium yang belum dibayar untuk megelakkan lapse
7. menghantar polisi kepada client dan menerangkan tentang polisi beliau skali lagi


Buat masa ni yang aku leh fikir , kalau korang ade laie nak tambah sla tambah kat comment .

Thursday, February 3, 2011

Cara nak admit masuk hospital guna Prudential PRUbsn takaful health medical card atau PRUhealth prudential medical card..

Memandangkan aku dah dua kali admitkan diri sendiri dan juga seorang client aku admit masuk ke private hospital so aku rasa aku nak share le sikit pengalaman macam mana nak guna medical card tu.

Sebelum admit , dr akan berikan satu surat admission untuk diserahkan di kaunter hospital pada tarikh kita kene admit.

Langkah 1 :

Bawa surat yang diberikan oleh dr pada tarikh anda admit , tunjukkan surat dan medical card PRUhealth atau Takafulhealth anda kat kaunter admission.Bayar deposit , ini bergantung kepada hospital tetapi selalu deposit dalam RM 300. Tunggu sekejap sampai Prudential hantar Gurantee Letter dekat hospital dan lepas itu diaorang akan bawak anda ke ward. Semasa kat kaunter admission tu anda boleh request nak upgrade bilik ke ape ke . So Contohnya bilik anda RM 150 ( 2 beeded room) nak upgrade ke bilik RM 200 (1 bed room) anda just tambah RM 50 setiap hari le dan lepas discharge duit tambahan tu kene bayar sendiri le.


Langkah 2 :

Warded , Buat rawatan sehingga Selesai


Langkah 3 :

Discharge , Doktor akan beritahu bila nak dischage dan dia akan beri tarikh followup semua, pada hari berkenaan nurse akan bawak satu surat untuk bil dan lepas tu anda boleh turun ke lobby dan kasi surat tu kat kaunter discharge. pada saat ini kita akan tahu bil kita , So kalau bill kita katakan lah RM 6200 contohnya , so total co-insurance adalah RM 620. oleh sebab kita dah baya deposit RM 300 so kita just topup RM 320 lla bile discharge.

Andakata kalau anda duduk 4 hari di hospital , elaun wad anda adalah RM 250 sehari , so total elaun anda adalah RM 1000. Duit ini akan dibayar dalam bentuk cheque dalam masa 14 hari bekerja. Agent akan hantar check ini kepada anda. So duit yang anda bayar untuk co-insurance RM 620 , dapat balik RM 1000 , ok ape ada untung RM 380. begitulah al-kisahnya.


Claims :

Bil bil yang anda perlu serahkan kepada agent anda untuk claim ,

1. Resit doktor sebelum masuk hospital ( Pre-hospitalization - 90 % dari resit akan dibayar oleh prudential)

2. Resit doktor selepas keluar hospital ( Post-hospitalization)- 90 % dari resit akan dibayar oleh prudential)

Contoh kalau total resit untuk (post-hospitalization) RM 300 , RM 270 akan dibayar balik dalam bentuk check kepada client.

Aktiviti : Appointment di nilai 3/2/2011

Hari ini aktiviti aku bangun je pagi tenung diari , sapa le aku nak call hari ni. So ade lagi sparelist dari referral bulan lepas. Buat phone call lepas buat phone call puas rasanya. Walaupon dapat appointment satu je daripada list 10 nama.

Petang tadi kui 2 lebih client call ajak lunch , kui 3 pi lunch dia. Masa lunch dapat call dari prospek untuk appointment kat Nilai pukul 5 petang. Balik je dari lunch siap siap mandi mandi semua lepas tu panas enjin kereta , nak jalan jauh katakan. Kui 4.15 aku gerak dari rumah. Lepas sesat dua tiga kilo aku pon sampai kat tempat appointment pukui 5.15.

Sembang sembang dengan prospek semua nampaknya ok , tapi cuma dia baru buat checkup dengan IJN and IJN cakap sumenya normal. dah IJN cakap normal , normal le kan . so aku propose kat dia prulink one .So lepas isi borang tengok jam dah pukul 7 terus aku mintak mintak diri , salam salam sket dengan tuan kedai and terus chow . Selesai tugas aku untuk hari ini.

Design policy PRUbsn takafulink yang terbaru




Hari Isnin baru ni masuk office tengok 3 polisi PRUbsn takafulink dah siap. Tengok kali ni polisi dah design baru , mantap beb . Tengok je design bersemangat waja rasa nak hantar polisi kat client.

Wednesday, February 2, 2011

Pengalaman masuk Sunway Medical Center guna PRUhealth medical card dari Prudential


Sakit ni mula daripada awal tahun lagi , masa Malaysia VS Indonesia second leg dah rasa panas panas badan nak demam. Balik je dari tengok bola start badan panas , sakit tekak dan esok nya suara jadi cam itik serati , hilang terus.

Ingat demam biasa je relek je le gi klinik amik ubat . dr kasi injek dengan ubat demam , lepas tu demam ok plak , tapi kemudian sore takmo ada balik . Selepas 3 minggu dan 3 paket antibiotik suare tak pulih terus pegi ENT ( ear throat specialist) kat puchong. DR kasi lagi satu round antibiotik . Dr tengok tekak aku ade merah ngan putih sket kat kotak suara maybe infection.

Lepas lima hari pegi suara masih tak pulih juga , dr cakap check laie ade lesion ape tah kene buang mende tu, so kene buat operation. so dia kasi surat laie 2 hari pegi hospital admit. lepas keluar dari klinik aku nak buat kalau tade medical card Pruhealth dari Prudential , huish betuah sungguh aku.

Lusanya aku pegi Sunway Medical Center pukul 9.00 pagi , pukul 9.15 dia dah admit aku masuk ward dah , eh lajunye aku pikir. Aku tengok masih ramai yang datang awal dari aku dok tunggu dok masuk hospital lagi. Aku rasa dekat sini le kelebihan medical card dari Prudential.

Lepas check in , diaorang kasi aku berehat dalam 20 minit lepas tu diaorang bawak aku gi chest x-ray dan check darah. Alhamdulillah semuanya ok .Tepat jam 1 diaorang dah sorong aku bawak gi operation room. pukul 1,30 start operation aku pon tak ingat masa bila diaorg operate aku sedar aku operation dah siap. Tapi sebelum tu kawan kawan office datang bawak bunga terima kasih kenkawan. ( Amalina , Napie dan Adli)

Dalam kui 2 aku da balik bilik , pehtu later petang tu aku nyer Agency Manager dan dia punye wife Ralph dan Ivie datang melawat datang bawak macam2 buah , Thanks Ralph and Ivie. Aku duduk Ward dalam 2 hari lagi sebab Dr cakap dia nak Pam antibiotik masuk dalam badan aku.So di pendekkan cerita aku keluar hospital dua hari kemudian dan cuba teka berapa bil hospital aku untuk admit 3 hari + minor surgery , total semua RM 6175.88. Andai kata kalau tade medical card pruhealth dari prudential , kering terus 6 riban untuk treatment apa semua.

Aku sangat sangat syukur kerana atleast aku tayah risau dan menyusahkan orang lain nak bayar bil beribu tu.

Monday, January 31, 2011

Apakah kelebihan PRUlink one untuk sesiapa yang sudah mempunyai group health insurance daripada syarikat tempat anda bekerja?



PRUlink one adalah investment link plan yang membolehkan anda menambah medical card kedalam plan anda. Dengan PRUlink one kita boleh meningkatkan deductibles untuk mengurang premium. Jadi option ini sangat sesuai untuk anda anda yang sudah mempunyai group insurance dari tempat anda bekerja.

Contohnya:
Ali bekerja di syarikat A , syarikat A telah membeli group insurance untuk semua pekerjanya. Jumlah perlindungan group insurance Ali adalah RM 15,000 setahun dan RM 100,000 seumur hidup sebagai contoh.

Jika Ali membeli plan PRUlink one dengan RM 10,000 deductibles , ini bermaksud Prudential tidak akan membayar apa apa bil hospital untuk RM 10,000 pertama jadi Ali boleh menggunakan group insurance daripada syarikatnya untuk membayar bill untuk RM 15,000 pertama. Jika bil melebihi RM 15,000 Ali boleh menggunakan medical card Prudential untuk pembayaran bil.

Apakah kelebihan meninggikan deductibles?

Dengan meninggikan deductibles anda akan merendahkan premium bulanan anda dan mendapatkan perlindungan sepenuhnya daripada group insurance dan juga Prudential.

Sebagai contoh : Ali lahir pada 11/10/1981 ,tidak merokok dan bekerja sebagai designer.

Ali mengambil PRUlink one tanpa RM 10 000 deductibles RM 150 sebulan

Death benefit : RM 50,000
Crisis shield (critical illness) : RM 50,000
Accident , death and disablement : RM 50,000

Pruhealth (medical card) : PHL 150
Anual limit RM 62500
lifetime limit RM 625,000
Room and board : RM 150 sehari ( 2 bedded room)
ward allowance : RM 100 sehari
ICU allowance : RM 50 sehari
Surgery allowance up to RM 2500 sehari.
RM 1800 will be paid yearly on the event of TPD and criticall illness to your account so your account is free.


Ali mengambil PRUlink one dengan RM 10 000 deductibles RM 150 sebulan

Death benefit : RM 90,000
Crisis shield (critical illness) : RM 90,000
Accident , death and disablement : RM 80,000

Pruhealth (medical card) : PHL 150
Anual limit RM 62500
lifetime limit RM 625,000
Room and board : RM 150 sehari ( 2 bedded room)
ward allowance : RM 200 sehari
ICU allowance : RM 100 sehari
Surgery allowance up to RM 2500 sehari.
RM 1800 will be paid yearly on the event of TPD and criticall illness to your account so your account is free.

Tujuan deductibles adalah memberikan perlindungan yang sepenuhnya kepada mereka yang sudah memiliki group insurance daripada syarikat tempat bekerja.