Friday, February 18, 2011

Loan rumah, MRTA dan kaitannya dengan insurans dan takaful

Apakah MRTA?

MRTA atau Mortgage Reduced Term Assurance adalah sejenis perlindungan insuran untuk pinjaman perumahan. Tujuannya adalah untuk perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman perumahan yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Jadi, MRTA akan membayar baki pinjaman yang tertunggak.

Selaras dengan keperluan hidup yang sentiasa berubah, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan. Maka timbul pula persoalan berikut:

1)Bagaimana kalau tidak mahu bayar sekali gus?

2)Bagaimana kalau mereka yang mendapat wang adalah ahli keluarga dan bukannya pihak bank? Sama ada pihak keluarga / waris mahu menyambung bayaran ansuran atau melunaskan hutang pinjaman sekali gus?

3)Dapatkah risiko penyakit kritikal dimasukkan sekali supaya walaupun belum meninggal atau hilang upaya, hutang pinjaman selesai jika peminjam didapati menghidap penyakit kritikal?

4)Dapatkah kontrak insuran ini digunakan berulang-ulang bagi pinjaman perumahan yang lain dengan syarat pembayaran premium diteruskan dengan setia?

5)Dapatkah premium insurans digunakan untuk pelepasan cukai pendapatan?

Satu penyelesaian adalah dengan mengambil insuran / takufulink tiga dalam satu iaitu pampas an jika berlaku salah satu daripada berikut : 1) hilang upaya kekal (TPD) 2) menghidap penyakit kritikal 3) meninggal dunia.


MRTA TAKAFULINK
1 Bayaran sekali gus (lump sum) Bayaran berkala
2 Biasanya dimasukkan di dalam pinjaman bagi membolehkan bayaran secara bulanan. Faedah dikenakan oleh bank jadi caruman yang dibayar adalah lebih tinggi dari sepatutnya.
Tidak perlu dimasukkan ke dalam pinjaman bagi mengelakkan daripada dikenakan faedah oleh bank
3 Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman Tempoh perlindungan sehingga umur 80 tahun atau boleh ditamatkan apabila tempoh pinjaman selesai.
4 Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman Jumlah perlindungan fleksibel, boleh diubah mengikut keperluan pinjaman walau pun caruman tetap
5 Lebih murah Menjimatkan dalam jangka masa panjang. Caruman tetap walaupun umur meningkat
6 Tiada nilai tunai Ada nilai tunai dan perkongsian keuntungan. Peluang mendapat keuntungan yang lebih tinggi
7 Pampasan kematian dan hilang upaya Pampasan kematian, hilang upaya, penyakit kritikal. Boleh digandingkan dengan manfaat lain yang penting seperti medical card, elaun tunai wad, elaun ICU, elaun pembedahan dll
8 MRTA cuma dapat digunakan untuk bagi satu rumah sahaja. Selepas beberapa tahun rumah dijual dan rumah baru dibeli, MRTA baru terpaksa dibuat TAKAFULINK dapat digunakan berulang kali bagi pembelian hartanah yang lain. Selepas beberapa tahun rumah di bawah pinjaman ini dijual, dan dengan hasil keuntungan, dibeli rumah yang lain secara pinjaman bank, maka TAKAFULINK boleh digunakan kerana waris bukannya bank yang memberi pinjaman asal.
9 Tiada pelepasan cukai pendapatan Dibenarkan pelepasan cukai pendapatan

Source : http://pru-bsn.com

No comments:

Post a Comment